Melangkah Menyusuri Masa

Cukup cepat masa berlalu rasanya, kini sudah hampir 3 bulan di bumi Hokkaido. Sepanjang tempoh ini bermacam-macam pengalaman telah di tempuhi dan di alami. Bulan 9 ini aku akan pulang buat seketika menemui buah hati tercinta. Kemudian akan terbang kembali ke Hokkaido bagi meneruskan "Perjalanan yang Belum Selesai".

Tahun ini merupakan pengalaman pertama berpuasa di perantauan...tiada lagi pasar Ramadhan Wakaf Tengah, Batu Enam dan lain-lain lagi. Tapi tak mengapa itu kan rencah dan asam garam di bumi asing untuk di gaul dan di adun menjadi resipi hidup yang berguna di kemudian hari. Namun sempat juga rasanya berkunjung ke pasar Ramadhan ketika pulang sebentar ke Tanahair.

Kepulangan ini juga untuk meraikan adik dan adik ipar ku yang bakal bergelar raja sehari. Tahniah diucapkan.....


edit post
Reactions: 
1 Response
  1. azam Says:

    errr jan, cover perut tu, haii tak kurus2 jugak dok sane.

    balik la cepat2, kesian dah aku tgk farizan tu hehehe


Post a Comment