Coretan di SMKA Arau


Tahun 1996 membawa aku semakin dekat dengan tanah tumpah darah ku , Banggol Sena kerana aku telah bertukar sekolah ke Sekolah Menengah Agama Arau. Terasa macam satu debaran untuk aku teruskan perjalanan di sekolah ini, mungkin disebabkan aku cuma dari sekolah agama rakyat (Sek. Men. Agama Al-Islahiah , Behor Mali). Namun Aku lontar jauh semua persoalan yang bersarang di kepala ini. Prinsip aku mudah saja....jika orang lain boleh kenapa aku tidak. Mungkin prisip itulah yang membawa aku hingga ke detik ini. Aku masih ingat, bila mana Ustazah Datin Naimah bertanya kepada aku, kelas mana yang aku hendak masuk? samada kelas akaun atau ekonomi. Tapi aku pilihan aku kelas sains (4 Abu Bakar), satu-satunya aliran yang mempunyai pelajar lalaki dan perempuan. Aku tahu ada dikalangan rakan-rakan di kelas berkenaan yang tidak biasa dengan situasi tersebut. Namun bagi aku ianya adalah normal kerana di sekolah lama memang terdapat pelajar lelaki dan perempuan dalam satu kelas.

Memang sudah menjadi tradisi setiap kelas mesti ada ketua kelas, jadi waktu tu Pak Din lah ketua kelasnya dengan di bantu oleh Cik Bee. Walaupun dalam satu kelas waktu tu, namun keharmonian masih belum wujud. Pelajar lelaki dan pelajar perempuan masing-masing dengan hal sendiri, mungkin entiti semasa tingkatan 1 hingga 3 masih lagi wujud ataupun mungkin juga terkejut dengan persekitaran yang baru. Tapi yang pasti semua itu akan terungkai dengan adanya seorang guru yang sangat tekun dan berdedikasi, siapa lagi kalau bukan Cikgu Siti Latifah, cikgu yang sangat kitaorang sayangi.

Paling rapat? orang yang paling rapat dengan aku semasa tingkatan 4AB ialah Shahirul ngan Syed, mungkin satu kepala kut. Pak din kadet sekolah, kira-kira pak din ni antara orang yang famous jugak lah masa tuh. Tak hairanlah sebab dia pun pengawas sekolah. Haris, orang parit buntar, masa sekolah dulu dia nih Mat Branded, barang-barang semua berjenama. Azad orang paling keypo dalam kelas, memang banyaklah persoalan dalam kepala dia, sampai Cikgu Yazid pun pening ngan dia. Orang lelaki yang paling pendiam sekali dalam kelas 4AB saper lagi kalu bukan si Asraf, tapi la ni dah bergelar seorang pendidik. Adi Badio dengan Yamaha SS110 berwarna purple dan sekarang nih bergelar pegawai teknologi maklumat. Memang tak dinafikan mamat nih memang kreatif. Itu lah warna warni pelajar lelaki 4AB.

Pelajar perempuan pun tak kurang juga, walaupun Cik Bee sebagai penolong ketua kelas, namun pengaruh yang kuat datangnya dari Dr. Bahijah. Ketokohan dah ada, that why no wonder she become a medical doc. Hany fariza, semua cikgu kenal, best student SPM SMKA Arau 1997. Kalau nak buat joke dengan minah nih kena straight to the point kalu tak dia blur2 skit. Sekarang nih tak tau ler cam ner. Geng-geng perempuan yang paling tua, ooop bukan tua tapi lebih sikit lah berbanding yang lain, daripada negeri jelapang padi, Siti Salwa dan Rohaizat. Salwa sekarang nih sama gak profession ngan aku, Rohaizat dah bergelar Dentist.

Kalau dikira-kirakan ramai jugak warga intel97 (kelab kelas sains SPM97) yang menjadi pendidik. Lupa nak cerita nama kelab intel97 nih dicadangkan oleh shahirul dan sampai sekarang lagi kitaorang masih menggunakan nama intel97. Kalau tak silap aku lah, ada Cikgu Sarah, Cikgu Najdah, Cikgu Syakirah, Cikgu Faiza, Cikgu Syarifah, Cikgu Yuni (dia selalu gak tidur dalam kelas tapi tidur berhemah), Cikgu Asraf dan........Cik Ronie Pulak bakal pendidik jugak dan sekarang nih dah berada di bumi tulip, wah bestnyer. Anis Zaidah?? a'a dia nih pelajar perempuan pertama daripada kelas sains yang aku kontek, oooop sori anis. Kalu sekali pandang memang nampak garang , sombong dan sewaktu dengannya lah tapi bila dah kenal, she can be a good friend. Dr. Hasnida sorang lagi, lulusan Universitas Gajahmada, seorang pemuisi yang telah sampai ke peringkat nasional.

Waktu di tingkatan 5, aku rasa semua pelajar baik lelaki atau perempuan, ego yang menebal masa tingkatan 4 dah semakin berkurangan. Mungkin angin perubahan telah bertiup dan mencairkan ego masing-masing.

Aku masih ingat lagi Cikgu Latifah Bee yang mengajar kita ilmu biologi, waktu kelas nih lah Norhana pitam sebab mabuk darah. Cikgu Yazid yang mengajar aku kimia, sampaikan aku juga mengajar kimia. Cikgu Rohana yang mengajar Matematik tambahan. Aku masih ingat macam mana aku dengan shahirul dapat markah 9/100 dalam satu ujian pertengahan tahun. Ustaz Lah Din dengan gaya selamba mengajar Bahasa Arab. Cikgu Azalan, yang mengajar sejarah. Ustaz Lah Sabu yang garang tapi baik hati. Terima Kasih cikgu-cikgu.

Tapi ada juga yang sampai sekrang aku dah tak dengar berita atau khabar. Salwati dan Rofiza dimana kalian?

Kalu di lihat dan di teropong dari aspek latarbelakang famili pula, aku dapati kawan-kawan dalam kelas aku datang dari pelbagai latarbelakang famili. Tapi betul lah kata orang Education is the best equalizer, melalui pelajaran kita berhimpun di satu tempat yang bernama SMKA Arau dan dengan pendidikan yang kita perolehi panduan untuk kita memilih penjalanan masing-masing. Dan penjalanan ini kita akan teruskan kerana apa yang kita perolehi hari ini bukan hadiah daripada ibubapa kita cuma dipinjamkan kepada kita untuk diserahkan pula kepada generasi selepas kita.