Kasih Ibu Ku

Ibu.....ibu....engkaulah ratu hatiku, bila ku berduka engkau hiburkan selalu, itulah antara bait-bait lagu nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang bergitu menyentuh kalbuku. Sungguh betapa tidak ternilainya rasanya pengorbananmu yang telah kau berikan dalam perjalanan hidupku dan adik-adik. Tanpa pengorbananmu tidak mungkin aku berada di tahap ini.

Tidak pernah walau sekali ku dengari keluhanmu dalam membesarkan dan mendidik kami, namun aku tahu disebalik raut wajah dan senyumanmu ibu, terbentang ranjau-ranjau nan berliku. Bagimu kebahagian dan keceriaan anak-anak adalah lebih bernilai dari wang ringgit.

Tega aku katakan senyuman mu cukup membakar semangat ini untuk terus berjuang dan menongkah arus masa. Setiap kata-kata dan nasihatmu tetap terikat kemas dan menjadi panduan dan pedoman sepanjang hayat. Kau seringkali mengingatkan kepada diriku bahawa setiap kejadian setiap dugaan ada hikmah disebaliknya dan sentiasalah bertawakkal kepadanya.

Ibu.....di saat dan ketika ini, aku merasakan seperti dibaluti keresahan seandainya tingkah dan tutur kata ku barangkali pernah mengguris hatimu tanpa sedar. Aku cukup takut melihat air mata mu tumpah......aku cukup takut melihat kehibaanmu.

Alhamdulillah ibu di hari-hari mendatang ini kita sekeluarga sudah bisa tersenyum di atas keperitan yang telah kita lalui suatu ketika dahulu. Mungkin kerana keperitan itulah yang membentuk kecekalan diri dan ketabahan hati. Kerna manusia lebih mudah mengingati Allah bila di uji dengan kesusahan berbanding kesenangan.

Insyaallah ibu, aku berharap agar dapat menunaikan impianmu untuk ke tanah suci di suatu hari nanti.

Thank you mum for your kindness and invaluable sacrifice. You are the great person in my life forever. Pn. Hasnah Binti Wahab

UPMT-KUT-KUSTEM-UMT satu evolusi siri 1

Satu evolusi yang menarik dan aku berasa bertuah kerana aku dan beberapa orang rakan seperti Din FASM, Taro, Azam (Ajae Inos), Joseph Bidai dan isteri ku terchenta berada dalam proses evolusi tersebut. Dan bagi super duper senior aku macam Subarjo, En. Jebeh, Zulkamal, Pian, Kak Ila dan beberapa rakan yang tidak tersebut. Mungkin akan berasa bertuah because we're one part of the great evolution with the name of UMT. Apa yang menjadikan aku dan mungkin yang lain berasa bertuah adalah kerana kami pernah berada di "Pulau Kucing" ini dalam dua alam sebagai pelajar dan sebagai tenaga kerja yang menggerakkan wadah institusi ini.

Aku sendiri tidak pernah menduga selepas tamat pengajian di UPMT, tempat seterusnya untuk aku manabur bakti adalah di bumi yang sama namun dengan langkah yang berbeza. Namun pengalaman aku lebih banyak dengan Ajae dan Joseph sebab kami dari Program yang sama, tahun pengajian yang sama, Ijazah sarjana di PTJ yang sama dan kerja pun kadang-kala ada kaitan antara satu sama lain.

Aku tidak pernah lupa saat pertama kali menjejakkan kaki di pintu pagar UPMT, ketika itu cuma ada beberapa bangunan yang tertegak di Institusi ini. Bangunan yang tertinggi ketika itu adalah Asrama Tiga tingkat yang kini menjadi Bilik Pensyarah FPE. Paling melucukan bila aku menyangkakan bangunan Hal Ehwal Kemahasiswaan (HEK) adalah pejabat pos disebabkan warnanya yang seakan sama.

Semasa kemasukan 09/2000 terdapat 2 jenis minggu orientasi, satu yang rasmi dianjurkan oleh universiti dan satu lagi orientasi tak rasmi di "organize" oleh senior-senior. Yang paling aku ingat ialah minggu orientasi yang dilakukan secara tak rasmi berbanding yang rasmi. Kerana apa??? melalui orientasi tersebutlah kami menjadi rapat sesama junior dan senior. Aktiviti?? Perjumpaan malam pertama adalah yang paling menakutkan....yerlah jumpa senior-senior, waktu tu orang yang paling kami takuti siapa lagi kalu bukan En. Jebeh. Selain itu terdapat juga aktiviti muncuci kolam ikan di belakang Unit Hatcheri dan mandi pantai beramai-ramai. Bagi pendapat peribadi aku apa yang berlaku semasa minggu orientasi tak rasmi menjadikan pelajar junior lebih hormat kepada pelajar senior dan rasa hormat itulah yang aku kira sudah semakin terhakis dari dalam diri pelajar baru di UMT.

Ajae tentu hang masih ingat ngan peristiwa PTPTN kita dulu kan?? Macam mana pelajar waktu itu sangat bergantung pada sumber tersebut untuk kehidupan setiap semester. Ahhh ....kadang kala membuatkan aku tersenyum sendiri dengan peristiwa itu dan mungkin itulah yang dikatakan semangat anak muda.

Selain itu, tanya lah juga abang dan kakak super duper senior ku bagaimana hubungan di antara pelajar dan tenaga kerja semasa zaman UPMT dahulu. Seharusnya mereka setuju dengan aku bahawa hubungan dan semangat kekitaan sangat utuh ketika itu. Dan aku sangat berharap semangat itu juga akan berterusan di atas nama UMT ini.

Sebagai seorang daripada warga pendidik di UMT sekarang, aku sering-kali mengingatkan kepada pelajar-pelajar aku, bahawa waktu yang menyeronokkan adalah ketika zaman menuntut di Universiti kerana ketika itu terdapat pelbagai peluang untuk kita membentuk kemahiran diri dan mencuba sesuatu aktiviti. Dan cuba lah cari keseronokan itu di samping matlamat utama kita adalah untuk menuntut ilmu.

Siri Blok A akan menyusul....

Kematian MJ...Adakah satu konspirasi ???

Mendengarkan keindahan lirik dan melodi lagu ini tidakkah kita berasa ragu akan wujudnya konspirasi berkaitan kematian MJ yang telah berlaku secara mengejut.

Perjalanan ke Ishikari