Andaiku Tahu....


Mungkin kadang kala kita terlupa akan erti rindu bila tiada jarak yang memisahkan kita. Namun bila di kejauhan erti rindu semakin hinggap di dalam diri. Mengintai di kala kesunyian, menghambat di kala malam menjelma. Ahhh itulah perasaan yang aku alami bila berada nun jauh di perantauan. Segala kenangan seolah dimainkan semula satu persatu di kotak fikiran. Rindu pada yang tersayang, rindu pada cahayamata yang bakal hadir, rindu pada keluarga, rindu pada tanah air, rindu pada masakan ibu dan rindu pada segala-galanya yang sangat dirindui.

Namun kehadiran di bumi sakura ini mengajar aku erti hidup, erti ketabahan, erti setiakawan di bumi asing. Bila diperhatikan secara mendalam dan di lalui sendiri, senadamai dapati ada benarnya pendapat yang mengatakan kebiasaannya ikatan ukhwah sesama ummah terbentuk dengan kuatnya di bumi nan asing. Kerana di sana tiada lagi saudara-mara yang bisa bergantung harap dan yang ada cuma ikatan persaudaraan sesama ummah yang bernama muslim. Dan ikatan yang akan selamanya menjadi pedoman hidup, ikatan denganmu ya Allah tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Dari kejauhan sesekali deraian air mata rindu pada isteri yang dikasihi tidak dapat di seka. Terlalu tinggi pengorbanan yang telah dilakukan, melepaskan senadamai terbang jauh ke bumi sakura. Terima kasih...itu sahaja yang bisa bibir ini ucapkan untuk sekian kalinya dan insyaallah ucapan itu juga tidak akan pernah lekang selagi nafas ini masih hangat.

Pesan ibu-ibu akan sentiasa ku dakap kemas dan terima kasih di atas doa-doa kalian yang sentiasa mengiringi setiap perjalanan hari-hari ku.

Tidak Kesorangan

Kelmarin aku baru dapat sebuah basikal yang diberikan oleh Abang Nordin (Orang Malaysia kat Hokkaido nih). Untuk jugak kalu tidak mau kena keluar go-sen (5,000) yen. Itu pun untuk basikal 2nd hand. So teringatlah balik zaman-zaman sekolah rendah masa menunggang basikal ke sekolah. Panjang lah skit kaki melangkah dan kira exercise lah tuh kan. Yang paling penting skali kat Hokkaido nih ada masjid dan ramailah jugak komuniti islam kat sini.
Hari mula sampai sini mesti orang ingat aku makan sushi, termasuklah orang rumah aku sendiri. Tapi makanan yang mula masuk dalam perut aku bila sampai sini Lamb Beriani....wah...wah terubatlah jugak rindu kat Tanah air. Sampai saat ni, waktu aku coretkan kisah aku ini, belum ada lagi seketul sushi yang masuk ke tekak aku. Kelakar kan....Hari nih aku kena ambik placement exam untuk bahasa jepun. So, bila dapat kertas soalan tuh, aku dah tau kelas mana yang aku akan masuk. Offcourse lah kelas paling basic skali.

Kira untung jugak lah aku sampai sini bulan 6 nih sebab acara Gakusai sedang berlangsung...alah kalau kat Malaysia macam pesta konvo lah jugak. Banyak lah gerai-gerai makan dari pelbagi negara. Tapi Boleh tengok jerlah dengan terliur air liur. Ada jugak gerai-gerai halal food seperti dari Pakistan, Bangladesh, Indonesia, Mesir, Palestin dan dari komuniti masjid sendiri.Sementara tu ada satu benda yang buatkan aku terkedu. Korang bleh bayangkan sedang kita tengah ambil gambar dengan kamera digital tetiba sorang nenek tuh mengeluarkan kameranya yang masih menggunakan filem. Kira bleh dengarlah bunyi kamera tuh 'roll' bila filem habis. Kamera tuh plak rasanya sama ngan usia aku kut. Wah....kagum...kagum....nenek tuh yang duduk kat tengah tuh.

Perjalanan Baru Bermula

Setelah beberapa hari berpenat-lelah untuk menyelesaikan beberapa perkara di bumi bertuah dan tercinta malaysia dan berangkatlah seorang budak kampung ke negeri matahari terbit, atau lebih khusus lagi Hokkaido. Pada tanggal 1 Jun 2009 buat pertama kalinya kaki ini berpijak dibumi hokkaido. Ketika ini, musim bunga dah berada di penghujung musim dan selepas ini musim panas akan pula akan datang. Walaupun berada di penghujung musim bunga, suhu masih di sekitar 16 degree dan waktu malam boleh mencecah hingga 12 degree.