Takutkah kita akan bala Allah

Telah diriwayatkan oleh Ali Bin Abi Talib bahawa Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda;
"Apabila membuat oleh umat aku akan 15 perkara berhaklah diturunkan Bala...lalu ditanya sahabat kepada Rasulallah, Apakah itu ya Rasullah. Lalu Rasulallah pun menjawab;
1. Apabila ada harta ghanimah itu pemerintahan
2. Amanah itu pendapatan
3. Zakat itu menjadi denda
4 Menurut lelaki akan isterinya
5. Derhaka akan ibunya
6. Berbakti akan kawannya
7. Berkeras dengan bapanya
8. Suara ditinggikan di dalam masjid
9. Penganjur kaum itu akan orang yang hina mereka itu
10. Dimuliakan laki-laki akan takutkan aibnya
11. Banyak arak di ambil
12. Banyak di pakai sutera
13. Di ambil perempuan menyanyi
14. Bunyi-bunyian
15. Mencaci orang ini akan umat terdahulu

Maka apabila berlaku sahaja 15 perkara ini hendaklah henti ketika itu akan angin merah atau di telan bumi dan berubahnya bentuk dan rupa.

Melihat kepada hadis ini sewajarnya dan sepatutnya kita berasa takut akan bala yang mungkin diturunkan oleh Allah kerana apa yang dinyatakan telah dan sedang berlaku kepada kita ummat islam hari ini khususnya di Malayisa dan dunia amnya. Takutlah kita akan azab dan bala Allah dan ingatlah kita akan firman Allah di dalam al-Quran; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

Nikmat terbesar dalam hidupku

Begitu banyak nikmat yang telah diberikan Allah kepada diriku. Jikalau hendak disenaraikan mungkin tak tersenarai rasanya...tidak cukup tinta untuk menulisnya biarpun kering air laut digunakan. Alhamdullillah ya Allah antara banyak nikmat yang dikurniakan oleh mu, nikmat iman dan islam yang aku anuti ini tiada galang-gantinya.
Aku sebagai muslim warisan menerima agama yang indah ini dalam suasana dan keadaan yang cukup mudah.....cukup senang, yakni mewarisi agama ini daripada kedua ibubapa ku....abah ku islam...emak ku islam dan aku membesar dalam agama islam. Cukup mudah aku menerima nikmat ini tanpa sebarang rintangan atau dugaan yang besar seperti yang di terima oleh sahabat-sahabat hatta Nabi Muhammad s.a.w. sendiri menerima dugaan yang cukup dahsyat dalam mempertahankan kesucian agama ini.
Tidak dapat aku bayangkan bertapa tebalnya keimanan para sahabat dahalu dalam mempertahankan keislaman mereka. Sabagai contoh saidina Bilal ibni Rabbah yang diletakkan batu di atas dadanya agar berpaling daripada islam yang baru dianuti, namun satu patah perkataan sahaja yang keluar daripada mulut beliau...ahad...ahad...ahad...yakni tuhan yang satu. Begitu juga hebatnya iktikad saudara-saudara baru yang telah melalui tentangan dan dugaan yang cukup untuk menggoyah keimanan di dada.
Akhir-akhir ini aku sering tertanya-tanya mampukah aku menghadapi dugaan seperti yang dilalui oleh para sahabat dan saudara-saudara baru dengan berpanjikan iman yang senipis lembaran kertas ini.

Ya Allah tenguhkan iktikad ku dijalanmu...jalan yang engkau redhai ya Allah.....amin


اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ، وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ، وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ، وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ، فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا، وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا، وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لَا يَخْبُوْا، وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ، وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَي الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَي وَنِعْمَ النَّصِيْرِ،اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَي سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَي آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.

Maksudnya :"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati (orang-orang yang dibayangkan) ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu, bersatu lagi memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu. Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan mawaddah antara mereka. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati sanubari ini dengan keimanan dan keindahan tawakal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami".



Apa yang membuatkan aku tidak lagi menyentuh Rokok!!!!