Tidak Kesorangan
12:28 AM

Hari mula sampai sini mesti orang ingat aku makan sushi, termasuklah orang rumah aku sendiri. Tapi makanan yang mula masuk dalam perut aku bila sampai sini Lamb Beriani....wah...wah terubatlah jugak rindu kat Tanah air. Sampai saat ni, waktu aku coretkan kisah aku ini, belum ada lagi seketul sushi yang masuk ke tekak aku. Kelakar kan....Hari nih aku kena ambik placement exam untuk bahasa jepun. So, bila dapat kertas soalan tuh, aku dah tau kelas mana yang aku akan masuk. Offcourse lah kelas paling basic skali.
Kira untung jugak lah aku sampai sini bulan 6 nih sebab acara Gakusai sedang berlangsung...alah kalau kat Malaysia macam pesta konvo lah jugak. Banyak lah gerai-gerai makan dari pelbagi negara. Tapi Boleh tengok jerlah dengan terliur air liur. Ada jugak gerai-gerai halal food seperti dari Pakistan, Bangladesh, Indonesia, Mesir, Palestin dan dari komuniti masjid sendiri.
Sementara tu ada satu benda yang buatkan aku terkedu. Korang bleh bayangkan sedang kita tengah ambil gambar dengan kamera digital tetiba sorang nenek tuh mengeluarkan kameranya yang masih menggunakan filem. Kira bleh dengarlah bunyi kamera tuh 'roll' bila filem habis. Kamera tuh plak rasanya sama ngan usia aku kut. Wah....kagum...kagum....nenek tuh yang duduk kat tengah tuh.

Post a Comment