Andaiku Tahu....


Mungkin kadang kala kita terlupa akan erti rindu bila tiada jarak yang memisahkan kita. Namun bila di kejauhan erti rindu semakin hinggap di dalam diri. Mengintai di kala kesunyian, menghambat di kala malam menjelma. Ahhh itulah perasaan yang aku alami bila berada nun jauh di perantauan. Segala kenangan seolah dimainkan semula satu persatu di kotak fikiran. Rindu pada yang tersayang, rindu pada cahayamata yang bakal hadir, rindu pada keluarga, rindu pada tanah air, rindu pada masakan ibu dan rindu pada segala-galanya yang sangat dirindui.

Namun kehadiran di bumi sakura ini mengajar aku erti hidup, erti ketabahan, erti setiakawan di bumi asing. Bila diperhatikan secara mendalam dan di lalui sendiri, senadamai dapati ada benarnya pendapat yang mengatakan kebiasaannya ikatan ukhwah sesama ummah terbentuk dengan kuatnya di bumi nan asing. Kerana di sana tiada lagi saudara-mara yang bisa bergantung harap dan yang ada cuma ikatan persaudaraan sesama ummah yang bernama muslim. Dan ikatan yang akan selamanya menjadi pedoman hidup, ikatan denganmu ya Allah tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Dari kejauhan sesekali deraian air mata rindu pada isteri yang dikasihi tidak dapat di seka. Terlalu tinggi pengorbanan yang telah dilakukan, melepaskan senadamai terbang jauh ke bumi sakura. Terima kasih...itu sahaja yang bisa bibir ini ucapkan untuk sekian kalinya dan insyaallah ucapan itu juga tidak akan pernah lekang selagi nafas ini masih hangat.

Pesan ibu-ibu akan sentiasa ku dakap kemas dan terima kasih di atas doa-doa kalian yang sentiasa mengiringi setiap perjalanan hari-hari ku.

6 Responses
  1. Syahirul Says:

    jan,

    aku paham apa yg hang rasa..tabah kan hati, kuatkan semangat..and yg paling penting..keep blogging..


  2. Ronie Muller Says:

    kesiannya..yeap..betul cakap syirul tu, keep blogging


  3. makasih kawan2 atas keperihatinan korang


  4. kadori-san Says:

    jgn risau, fek & fabio kan ada disisi
    kalau rasa nak main2 ngan baby, dtg le ke rumah
    :D


  5. azam Says:

    jan....nyanyi skit

    engkau tibaaaaaa bagaikan peeelangiiii
    tak bercahaya namunnnnn kau berseriiii
    tapi cukup, mengiburkannnnn
    hati iniiiii

    hehehehe


  6. tiha Says:

    sabo je la..org tersayang sentiasa menanti kepulangan anda...


Post a Comment