UPMT-KUT-KUSTEM-UMT satu evolusi siri 1

Satu evolusi yang menarik dan aku berasa bertuah kerana aku dan beberapa orang rakan seperti Din FASM, Taro, Azam (Ajae Inos), Joseph Bidai dan isteri ku terchenta berada dalam proses evolusi tersebut. Dan bagi super duper senior aku macam Subarjo, En. Jebeh, Zulkamal, Pian, Kak Ila dan beberapa rakan yang tidak tersebut. Mungkin akan berasa bertuah because we're one part of the great evolution with the name of UMT. Apa yang menjadikan aku dan mungkin yang lain berasa bertuah adalah kerana kami pernah berada di "Pulau Kucing" ini dalam dua alam sebagai pelajar dan sebagai tenaga kerja yang menggerakkan wadah institusi ini.

Aku sendiri tidak pernah menduga selepas tamat pengajian di UPMT, tempat seterusnya untuk aku manabur bakti adalah di bumi yang sama namun dengan langkah yang berbeza. Namun pengalaman aku lebih banyak dengan Ajae dan Joseph sebab kami dari Program yang sama, tahun pengajian yang sama, Ijazah sarjana di PTJ yang sama dan kerja pun kadang-kala ada kaitan antara satu sama lain.

Aku tidak pernah lupa saat pertama kali menjejakkan kaki di pintu pagar UPMT, ketika itu cuma ada beberapa bangunan yang tertegak di Institusi ini. Bangunan yang tertinggi ketika itu adalah Asrama Tiga tingkat yang kini menjadi Bilik Pensyarah FPE. Paling melucukan bila aku menyangkakan bangunan Hal Ehwal Kemahasiswaan (HEK) adalah pejabat pos disebabkan warnanya yang seakan sama.

Semasa kemasukan 09/2000 terdapat 2 jenis minggu orientasi, satu yang rasmi dianjurkan oleh universiti dan satu lagi orientasi tak rasmi di "organize" oleh senior-senior. Yang paling aku ingat ialah minggu orientasi yang dilakukan secara tak rasmi berbanding yang rasmi. Kerana apa??? melalui orientasi tersebutlah kami menjadi rapat sesama junior dan senior. Aktiviti?? Perjumpaan malam pertama adalah yang paling menakutkan....yerlah jumpa senior-senior, waktu tu orang yang paling kami takuti siapa lagi kalu bukan En. Jebeh. Selain itu terdapat juga aktiviti muncuci kolam ikan di belakang Unit Hatcheri dan mandi pantai beramai-ramai. Bagi pendapat peribadi aku apa yang berlaku semasa minggu orientasi tak rasmi menjadikan pelajar junior lebih hormat kepada pelajar senior dan rasa hormat itulah yang aku kira sudah semakin terhakis dari dalam diri pelajar baru di UMT.

Ajae tentu hang masih ingat ngan peristiwa PTPTN kita dulu kan?? Macam mana pelajar waktu itu sangat bergantung pada sumber tersebut untuk kehidupan setiap semester. Ahhh ....kadang kala membuatkan aku tersenyum sendiri dengan peristiwa itu dan mungkin itulah yang dikatakan semangat anak muda.

Selain itu, tanya lah juga abang dan kakak super duper senior ku bagaimana hubungan di antara pelajar dan tenaga kerja semasa zaman UPMT dahulu. Seharusnya mereka setuju dengan aku bahawa hubungan dan semangat kekitaan sangat utuh ketika itu. Dan aku sangat berharap semangat itu juga akan berterusan di atas nama UMT ini.

Sebagai seorang daripada warga pendidik di UMT sekarang, aku sering-kali mengingatkan kepada pelajar-pelajar aku, bahawa waktu yang menyeronokkan adalah ketika zaman menuntut di Universiti kerana ketika itu terdapat pelbagai peluang untuk kita membentuk kemahiran diri dan mencuba sesuatu aktiviti. Dan cuba lah cari keseronokan itu di samping matlamat utama kita adalah untuk menuntut ilmu.

Siri Blok A akan menyusul....

2 Responses
  1. Anonymous Says:

    Waktu study di UPMT mmg terbaik!

    Jangan lupa masukkan sekali episod koner baring sampai exhaust berapi...


  2. azam Says:

    citer skali mcm mana moto jalan sendiri dari blok C ke Blok A hahha. parut masih ade ni hahaha


Post a Comment