Jejak Matrikulasi UPM Serdang 97-98


Setelah 10 tahun lebih tidak dengar berita daripada kawan2 matrikulasi UPM Serdang, aku merasakan mungkin akan terputus hubungan terus dengan mereka semua. Tapi dari kejauhan jugak aku dapat menjejak kembali rakan-rakan ex-matrik upm 1997-1998. Selepas aku berpindah ke UPM Terengganu, aku telah cuba mencari mereka setiap kali aku berkunjung ke UPM tapi tak pernah bertemu. Namun di bulan Ramadhan yang berkat ini aku dapat menjejak kembali beberapa orang teman seperti Zul Mickey, King, Che Gap, Adi, Ayam (maap ler sbb sampai sekarang aku tak tau nama ko), Mat Nun, Krab (one stop center-sesuailah sbb skrg duk kerja kat astro) dan beberapa orang lagi. Sayang sekali dulu waktu di Matrik tiada langsung gambar yang kitaorang ambil tapi aku masih ingat wajah sorang-sorang dan insyaallah kalu berjumpa masih lagi boleh bertegur sapa.

Semoga kita akan bertemu di suatu hari nanti dan ikatan sesama kita akan terus berkekalan hendaknya. Terima kasih di atas satu pertemuan dan persahabatan yang kita bina di Komat UPM.
2 Responses


Post a Comment