Pokok Sena atau juga dikenali sebagai Angsana merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Pterocarpus indicus. Ia merupakan pokok asal di Malaysia dan kawasan ASEAN. Pokok Sena dianggap sebagai pokok balak yang baik.
Manakala banggol bagi orang utara adalah merujuk kepada kawasan yang agak tinggi berbanding kawasan yang lain.
Kemungkinan nama Banggol Sena di ambil merujuk kepada kedudukan Pokok Sena atau Angsana yang terdapat di kawasan yang tinggi.
"Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara yg lain, iaitu masa muda mu sebelum dtgnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, masa lapang mu sebelum dtgnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum dtg saat kematian"