Lebih setahun berlalu diperantauan

Sedar tidak sedar telah setahun lebih berlalu sejak kali pertama menjejakkan kaki di Sapporo. Begitu cepat masalah beranjak meninggalkan pelbagai kenangan yang indah, duka, tension dan yang sewaktu dengannya. Semuanya digaulkan menjadi asam garam yang enak untuk melalui hari-hari muka. Hari ini rasa nak menulis semula...emmm mungkin sebab mahu lepaskan perasan tension ini atau mungkin juga terlalu sayu setelah lama di perantauan atau juga untuk membina semula kekuatan diri yang semakin hari semakin di mamah kerisauan.

Baru ku rasa penatnya dalam mengejar impian untuk menggenggam segulung ijazah PhD (Pengajian Habis Doh). Kadang kala terguris juga semangat dan mental tatkala berhadapan dengan pelbagai dugaan dan bebanan analisa, di samping mengejar masa yang semakin hari semakin suntuk.

Diari maya ini mungkin akan kembali aktif selepas ini selepas sekian lama tinggal terperap, cuma belum menjadi kubur tanpa nisan sahaja. Menjadi tempat untuk meluahkan segala kekusutan, segala perasaan dan segala yang sewaktu dengannya.

Mujurlah kehadiranku di sini ditemani Insan-insan yang tersayang yang banyak memberikan kekuatan pada diriku. Buah hatiku tercinta Farizan Abdullah, aku sangat menhargai segala jasa dan pengorbanan mu untuk penjalanan yang maha berat ini. Permata hati yang tersayang Ahmad Hasiff Akio jugak telah berusia setahun lebih dan telatahnya kerap menjadi penyejuk hati dan pemberi semangat buat diriku. Terima kasih dari ku untuk kalian berdua. Love both of you so much.

Sekian coretan untuk di kala ini